15 September 2017 telah diadakan bengkel Pengurusan Netbook bagi Juruteknik Komputer zon PKG Kuala Selangor. Bengkel diadakan di PKG Kuala Selangor.
 Bengkel ini mempunyai 3 slot. Bagi slot yang pertama, pengenalan dan taklimat ringkas tentang Permasalahan Netbook 1Malaysia yang mana terlalu lambat untuk mengakses portal VLE oleh pihak sekolah yang menerima Netbook untuk kegunaan pdp di sekolah, yang mengambil masa selama 30 minit. Bagi slot yang kedua pula, tayangan slaid mengenai software yang digunakan untuk mengklon hard disk dan cara penggunaan software tersebut telah dipaparkan kepada para peserta. Sesi soal jawab dengan golongan pelaksana berjalan dalam slot ini. Pelbagai kemusykilan akan dapat dirungkai hasil perbincangan dengan Juruteknik komputer.  Bagi slot yang terakhir, penerangan dan “hands On”mengenai mengklonkan dilakukan oleh para peserta.Secara keseluruhannya,  taklimat yang dijalankan dapat membantu pihak sekolah dan juruteknik untuk melaksanakan pengklonan pada Netbook di sekolah  masing – masing.Melalui sesi soal jawab, respon yang diberikan oleh penceramah dapat memberi pencerahan terhadap isu – isu yang ditimbulkan oleh Juruteknik.  Namun kefahaman akan lebih diperoleh bila pengklonan Netbook dijalankan di sekolah nanti.