Tahniah kerana SSQS 2017 memperlihatkan keputusan yang agak baik bagi tahun 2017.

Dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Kebangsaan kita melihat Selangor merangkul hadiah yang tidak kurang hebatnya di peringkat kebangsaan.

Malah atas kejayaan tersebut 2 buah sekolah telah dipilih oleh MDEC untuk menjadi Pusat Digital Maker (SK Parit 6, Sabak Bernam pada 2017 dan SBPI Gombak pada tahun 2018)

Ini adalah satu peluang baik untuk sekolah negeri Selangor kerana tuan/puan tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk melawat sekolah contoh bagi program pembestarian yang dilaksanakan di sekolah-sekolah tersebut.

Walaubagaimanapun masih terdapat 1 sekolah yang gagal mencapai tahap bestari 3 bintang minima bagi tahun lepas.

Semoga keputusan yang lebih baik diperolehi untuk tahun ini 2018 dan Selangor terus gemilang.

KEPUTUSAN SSQS 2017